Sunday, April 20, 2014

CABARAN PELAJAR MASTER

Sebelum ini hidup sebagai pelajar degree dirasa sangat mencabar, assigment bertimbun-timbun, hampir semua subjek ada projek akhir, pada akhir setiap semester nak kena bentang semua projek dengan exam akhir lagi. Penat je dengar kehidupan pelajar degreekan? itu baru degree, MASTER!!! PHD!!!??

YES now i'm master student, tapi bukan itu yang nak dibanggakan walau setinggi mana peringkat pengajian kita itu semua belum tentu menjamin masa depan pun sebenarnya. why? sebab rezeki masing-masing semuanya dah ditetapkan di Luh mahfuz lagi macam mna rezeki kita.

kenapa tajuk macam menakutkan je? sebab nak suruh korang baca...hahaha, gurau je. Betul makin tinggi kita belajar makin tinggi tahap cabaran yang kita akan face sebelum kita dapat segulung paper during convocation day. 

Bagi yang tak tahu untuk master boleh dipecahkan kepada 3program yang kita boleh daftar(based master at ukm only):

1) Master coursework(belajar dan pergi kelas macam degree,exam mcm bese)
2)Master coursework & research(belajar beberapa subjek dan akan buat research)
3)Master research(Fully research)

Masa degree kita coursework semata-matalah kan? ada FYP pun lebih kepada hasil projek yang kita buat.
Tapi master pilihan 1 & 2 kat atas ini akan tekankan lebih kepada penulisan. Dan bile penulisan kami semua kena lebih banyak membaca jurnal,article dll.

Ada lecture pernah cakap untuk buat proposal sahaja kami semua kena baca jurnal at least 50 jurnal paling sikit, tu master PHD 100 dan ke atas OK..hahaha. It semua baru proposal untuk dipertahankan sebelum betul-betul buat research dan hasilkan projek tersebut. Kalau  yang dah betul-betul korang bayangkanlah berapa yang perlu dibaca mau bengkak biji mata menghadap tulisan sahaja.

Masa degree baca orang punya jurnal je, bila master ini kami yang kena hasilkan jurnal untuk syarat untuk bergraduasi dengan jaya dan bergayanya. Macam manalah rupanya nanti nak siapkan jurnal tu berapa banyaklah bahan yang nak kena baca dan kaji baru dapat hasilkan jurnal yang boleh di publish.

Tapi apa yang saya cerita ini bukan nak takutkan sesiapa nak ambik master, ini hanyalah sekadar perkongsian untuk kalian yang mungkin bakal sambung lepas ini. Lain U lain syarat dan cara jadi tak payah risau atau bimbang kalau betul bertekad nak sambung teruskan. 

Oklah setakat ini jelah dulu, kalau korang pun sambung master atau ada pendapat sharelah dekat sini .:-)

P/S: TEMPAHAN SEMUA DITUTUP, HARAP MAKLUM SEKIAN

PERMOHONAN MAAF KEPADA MEREKA YANG BELUM DALAM HADIAH

Lama menyepi tak menulis di laman ini, sibuk duniawi dan mood menulis pun ke laut. Apalah yang sibuk sangat ye? Alhamdulilah dapat peluang untuk sambung belajar di peringkat lebih tinggi.
Dan disebabkan tulah saya nak memohon maaf kepada mereka yang pernah join segmen sebelum ni untuk yang mana masih ada lagi yang saya berhutang doodle dengan mereka. Bukan lupa, tapi tak sempat nak buat. Blog ini pun dah lama tak berusik. Harap kalian yang belum dapat tu janganlah membenci saya plak ye....hihi.
 
Bila berhutang ni selalu je ingt rasa tak tenang je hidup, agak-agak bilalah boleh sttel hutang doodle dengan korang ni...tapi apa-apa pun sekiranya jadi apa-apa minta dihalalkan ye? 

Sunday, January 12, 2014

BLOGLIST PART #1 BY DIARI FARISHA

http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/12/bloglist-part-1-by-diari-farisha.html 

Jemput Blogger seantero Malaysia join 
"Bloglist Part #1 By Diari Farisha"

Seramai 50 orang Blogger Hot & Marbeles diperlukan bagi 
mengisi kekosongan jawatan di bloglist blog beliau

Klik Banner untuk join

Belajar untuk kerja VS untuk ilmu

Bagi lepas Universiti atau kolej apa yang di impikan selepas tamat belajar adalah satu pekerjaan yang
boleh memberi rezeki untuk sara hidup dan sekaligus membalas jasa ibu ayah yang banyak berkorban
masa kita kecil sehinggan melangkah ke menara gading.
Dan mencari satu pekerjaan pada masa sekarang ini memang sangat mencabar, event kita pandai dalam pelajaran sekali pun semua itu tidak dipandang sangat terutama company swasta. Mereka lebih utama kebolehan dan soft skill yang kita ada.Ok ulasan diatas bukan tajuk utama nak share hari ini..
"Belajar untuk kerja VS untuk ilmu" ok itu tajuk nak kongsi. Cuba fikir dan renung kembali sebenarnya kita ini belajar untuk dapatkan kerja yang elok dan gaji yang beribu-ribu atau kita belajar untuk dapatkan ilmu yang kita boleh share dekat semua orang? Betulkan balik niat kita.
Sebenarnya alya tertarik dengan satu status dekat fb kawan perbualan dia antara seorang ustaz...
Kata seorang ustaz kepada saya yang telah mematikan kata-kata saya,
Saya : Ustaz bawak jemaah kan? nak minta tolong boleh?
Ustaz : Boleh. tolong apa tu cek?
Saya : Tolong doa saya dapat kerja yang elok boleh? dan jodoh hat elok2?
Ustaz : Boleh, tp saya nak tanya kamu dulu. Kamu mengaji sebab apa? kalau mengaji sebab nak dapat kerja hat yang tinggi2 jangan suruh saya doa. Tapi kalau kamu mengaji sebab nak ilmu, tak perlu doa saya pun Allah akan bgi kamu kerja elok. Saya tak mau doa kamu dapat kerja yang tinggi sat g kamu sombong lupa habis orang. Saya nak doa kamu dapat kerja yang halal dan dengan wang gaji kamu tu, kamu gunakan untuk jalan Allah. pasai jodoh, kamu nak hat baik kamu ubah diri jadi hat baik dulu. boleh?
Kata-kata seorang ustaz yang saya rasa sangat berguna untuk kita ingat supaya  kita tidak leka dan mengimpikan pekerjaan yang bergaji tinggi semata-mata tanpa menghargai ilmu yang diperolehi. Betullah seperti kata ustaz itu, sekiranya kita peroleh kerja yang tinggi kita mungkin akan menjadi seorang yang sombong dan lupa asal usul kita. Biarlah kita kerja bergaji dan berjawatan rendah janji kita tidak leka dengan dunia semata-mata.
Untuk semua sahabat, kita letak lah niat kita belajar untuk ilmu, dan ilmu itu juga kita boleh guna sampai bila-bila, boleh mendidik bakal anak-anak kita. Ilmu sangat penting tidak kira kita perempuan yang suatu hari nanti duduk ceruk dapur sekali pun... 

Pernah dengar atau baca tak kata-kata kat bawah ni?
Orang kata, anak dara belajar tinggi-tinggi pun akhirnya ke dapur juga. Tapi education dia yang menentukan dapur dan kenderaan dia ke pasar besar mana nanti. Setuju?
Itulah ilmu sangat penting tak kira kita perempuan,lelaki ,tua dan muda sekalipun kalau boleh kita telanlah seberapa banyak ilmu yang mampu kita hadam dalam kepala kita.

P/s:entri without pic,till we meet again...pray for me to get a job.

Monday, January 6, 2014

Rahsia Tahi Lalat




Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
Di alis kanan - baik hati, suka menolong
Di alis kiri - ramai yang suka
Di pipi kanan - ramai teman
Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
Pada hidung - banyak rezeki
Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi
kaya
Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak
tanggungan
Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
Payudara kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
Payudara kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
Ketiak kanan - menyimpan rahsia
Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
Betis kanan - suka berpoya, boros
Betis kiri - tidak suka menganggur
Tumit kanan - jujur, banyak kawan
Tumit kiri - baik budi
Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
Lutut kiri - kurang berusaha
kat mana korang punya tahi lalat yer???
 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013