Thursday, October 10, 2013

Pink Ohsem




KENAPA PEREMPUAN SUKA WARNA MERAH JAMBU(PINK)-fakta

Warna merah jambu atau pun pink begitu sinonim dengan anak perempuan. Jika ada bayi perempuan lahir, maka semua aksesorinya diberi warna pink. Kalau lelaki, maka warnanya biru. Andai ada lelaki pakai baju pink, maka akan diejek, “Ah! jambu betul kau ni, macam pondan!”. Mengapa warna pink dikaitkan dengan perempuan? Pakar psikologi daripada University of Newcastle dalam jurnal Current Biology memaparkan sebab musabab ilmiahnya.



Dipimpin oleh Dr Anya Hurlbert, pasukan ini melakukan ujikaji terhadap 200 orang lelaki dan perempuan berusia 20-an. Majoriti perempuannya menjawab bahawa mereka suka warna gabungan biru dan merah, tapi benci warna hijau dan kuning. Mereka terdiri dari dua jenis bangsa berbeza, Inggeris dan China. Ternyata selera warna tidak dipengaruhi oleh budaya etnik, melainkan faktor biologi.

Buah Matang

“Evolusi menyebabkan perempuan menyukai warna kemerahan. Mereka cenderung memilih buah warna merah, wajah kemerahan. Budaya juga memberi impak yang di dalamnya, “ kata Dr Hurlbert. Boleh jadi ini akibat peranan kaum wanita sejak dulu adalah memilih bahan makanan untuk keluarga. Kebiasaan turun temurun untuk mencari buah matang yang begitu identikal dengan warna merah, menyebabkan sampai saat ini “anak cucu” Hawa itu meyukai warna merah atau kemerahan.
Sedangkan lelaki cenderung suka warna biru sebab memang tugas mereka sejak lama adalah mencari sumber air bagi keluarga atau sukunya. Warna biru dikatakan lebih identikal dengan sumber air yang baik, boleh diambil. Mereka juga menganggap bahawa langit biru cerah adalah petanda cuaca yang bagus untuk memburu.

Kajian ini mencetuskan Yazhu Ling, rakan Hulbert, untuk mengadakan penyelidikan lanjutan. Ia akan melakukan kajian pada anak-anak dan menyelidik hubungan antara pilihan warna dan tahap kemurungan mereka.

Sumber gambar dari uncle google: "everything is PINK"






penjara pink di switzerland,


yummyyy so delicious





Bagi pengemar pink pasti korang ada koleksi macam kat ataskan.....

Tuesday, October 8, 2013

SAHABAT


Assalamualaikum...
susah senang kami tetap bersama memberi semangat untuk bangkit....



        Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri. Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelah dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati dapat mengatasi cubaan itu bahkan erat bersama kerananya... Persahabatan tidak terjalin secara langsung tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.
     
          Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian. Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, tetapi kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa sepatutnya. Sahabat tidak pernah membalas pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.
       
          Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi mampu berinisiatif memberi dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya. Kerinduannya menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

        Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya. Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ?? Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ?? Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak boleh memberikan apa-apa ?? MEREKALAH SAHABAT ANDA Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. 

"Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita"

Rindu sahabat-sahabat sekalian bergelak ketawa dan duka bersama.

Sunday, October 6, 2013

Bahaya Tak Tutup Aurat Dari Kajian Sains


Jom tutup aurat...


Bahaya Tak Tutup Aurat Dari Kajian Sains | Rasulullah bersabda, "Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda," Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat.

Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.

Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser.

Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da'wahi oleh Rasulullah.

Tentang hal ini Allah berfirman: "Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur'an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih" (Surah Al-Anfaal: 32) Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser.


Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat.

Sumber: Here
Sumber Asal : Here

Jubah Day 28/10/2013

Assalamualaikum.



Jubah day?kepada mereka yg dah lalui atau bakal lalui pasti mereka tahu apa itu jubah daykan.terasa gementar,teruja,seronok macam-macam ada. Jubah day @ hari jubah tu adalah hari konvokesyen kepada semua mahasiswa yang dah habis belajar 3@ 4tahun@ 5tahun dan hari tu hari yang kita rasa tidak percaya kita akan melangkah di dalam dewan untuk menerima segulung ijazah/diploma/master/phd. Begitulah juga kepada yang menulis ini rasa tak sabar nak tunggu 28/10/2013 ni..

Tiga tahun bergelar mahasiswa universiti, sekarang tibalh masa untuk berubah menjadi graduan universiti/alumni plak ye..macam tak percaya dah habis belajar dekat U dah. kalau masa kecik dlu selalu fikir.....

  1. Masa habis/sebelum UPSR fikir dapat berapalah result ye? boleh naik form1 ke ni....macam manalah sekolah menengahkan......dll
  2. Masa form 3 PMR plak aish takutnya result pmr macam mnalah boleh ke naik form4 boleh ke kelas aliran sains ni...dll
  3. Masuk form 5 plak, dah nak habis sekolah ni lepas ni masuk U plak lepas ke nak masuk U ni, result percubaab pun tak delh hebat mana...dll
  4. Alhamdulilah dapat masuk Matrikulasi kedah 1tahun, tu pun tahu masa dekat PLKN(sampai tak sempat habis PLKN..huhu). Oklah dah masuk Matrik 1tahun tu ,result biasa-biasa je, mulalh fikir dapat ke aq sambung U ni?
  5. Rezeki lagi,alhamdulilah dapat tawaran UKM pilihan ke-3, dapatlah sambung seperti yang di impikan masa kecik-kecik dulu...
  6. Lepas bergelar graduan ni, ada yang sambung beljar dan ada yang bekerja(doa-doakanlah kami graduan ini dapat membuat yang terbaik dalm sektor pekerjaan mahupun pelajaran...)
kalau ikutkan rasanya semua orang pun macam kronologi kat atas tu rasanya, kita terlalu berfikir kedepan.. kalau dah rezeki tak kemana doa,tawakal & usahalah semampu mungkin. jangan lepas baru menyesal. Apa-apa pun doakan semoga hari jubah kami bakal graduan berjalan lancar ye..lagi beberapa minggu je...:-)


Kepada yang berminat tempah doodle boleh:
pm fb: alya balqis studio
email: muslimahartwork16@gmail.com

Thursday, October 3, 2013

Update progress segmen bersama alya

Assalamualaikum..

Petang ini nak share sedikit progress illustration untuk segmen alya jom tgk  agak-agak ni siapa punya ye?harap bersama ye semua dah siap semua baru alya email skli gus..bagi yang tak hantar lagi sila hantr cepat ye sekiranya 1mggu dari sekarang tiada pic alya tak akan teruskan illustration yang belum hantar pic ye..

Illustrasi kat bawah ni pun xsiap sepenunya lagi, ini adalah beberapa yg dah siap lakaran...



Tuesday, October 1, 2013

Segmen gambar saya di illustration doodle oleh Alya Balqis Studio.

Assalamualaikum..

Hai, selamat berhujung minggu di hari ahad. Dah lama rasanya alya tak buat segmenkan,kali ni rasa terpanggil nak buat segmen illustration gambar macam pic kat bawah ni..ada sesiapa berminat tak? Kalau ada jom tengok syarat-syarat di bawah...


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

1)Terbuka kepada 20 orang yang terawal.
2)Wajib follow blog Alya Balqis Studio & like Fanpage Alya Balqis Studio.
3)Buat entri bertajuk “Segmen gambar saya di illustration doodle oleh Alya Balqis Studio"
4) Tampal poster di atas di entri anda.
5)Tag kepada  1 atau 2 orang rakan anda dan pastikan mereka tahu.
6)Tinggalkan link entri anda di kotak komen.
7)Selepas selesai, sila Emailkan gambar yang ingin diillustrasikan kepada email: muslimahartwork16@gmail.com
  dengan tajuk email “Segmen gambar saya di illustration doodle oleh Alya Balqis Studio"

Tarikh tutup: Sehingga penyertaan cukup 20 orang peserta. (TUTUP)

Senarai Peserta "Segmen gambar saya di illustration doodle oleh Alya Balqis Studio."


UPDATE: 01/10/2013

Salam ini adalah list peserta,kepada mereka yang tak ada tu mintak maaf ye...insyaallah lain kali boleh join....kepada yang tersenarai kalau tak hantar lagi gambar sila hantar ye, proses melukis akan bermula esok nanti kalau dah siap akan dihantar by email...tq join..:-)
  1.  http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  2. http://nurulnadhirahnorsalim.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration_29.html
  3. http://madihahdaisy.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  4. http://asma-sah.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  5. http://sebabakusabrina.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  6. http://atiqahnorbeli97.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  7. http://nurkhairiahirwanie.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  8. http://busyratakiyudin.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  9.  http://eyqahasnan.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  10. http://superpapaya.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  11. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  12. http://nursyazana26.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  13. http://zazanizam.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  14. http://superdreamland.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  15. http://budaxxperasangoergus.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  16. http://hunyieda.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  17. http://amiraramora.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  18. http://tieyniff.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  19. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
  20. http://www.syuhadasalleh.my/2013/09/segmen-gambar-saya-di-illustration.html
Sesiapa berminat boleh lihat DiSINI (TUTUP)

Tempahan pre-order baju muslimat persahabatan "ukhwah till jannah"

Assalamualaikum

Sihat ke semua?bagi yang bekerja tu kerja elok-elok, bagi yang tengah belajar jangan main-main ye. kepada adik-adik  yang exam penting tu semoga berjaya jawab dengan hati yang tenang. Oklah entri kali ni nak kongsi atau dalam erti kata lain nak tanya pendapat dan sokongan dari kalian semua ada yang berminat tak nak buat tempahan baju muslimat persahabatan seperti poster dibawah? kalau ramai boleh lah buka pre-order..

Keterangan :

  1. sesuai untuk diberikan hadiah kepada sahabat baik kita/ adik beradik pun boleh.
  2. warna baju pink, putih.
  3. Berminat boleh pm fan page: alya balqis studio @ email: muslimahartwork16@gmail.com.


Jom share kepada sahabat anda.

 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013