Thursday, December 26, 2013

Binatang ada perasaan, seperti manusia

Bukan manusia sahaja yang ada hati dan perasaan seperti sedih,marah dan faham bila kita berkomunikasi, binatang pun ada perasaan terhadap persekitaran mereka. Binatang kadang-kadang masa kita sedih boleh menjadi teman untuk meluahkan..
Kisah ini memang terjadi,berkisahkan seekor kucing yang garang dan takutkan orang untuk didekati.

Dalam bulan 9 tahun 2012 macam tu iaitu semester pertama bagi tahun akhir dekat Universiti & kolej kediaman..Macam biasalah aku ni memang sukakan binatang terutama kucing pantang tengok kucing mesti nak ditegurnya atau belai-belai, dan kebetullan nasib baik sem tu dapat bilik bawah besa tingkat 2 dan 4 kali ni tingkat 1...alhamdulilah.
Lagi senang ler kalau nak ajak kucing pergi bilik kan.pada mula tu dalam sekor macam tu je kucing yang biasa nampak dan bagi makan dan kucing tu manje je boleh ajak masuk bilik.Lepas pada tu adalah kucing-kucing yang lain datang mintak makan sekaki..alhamdulilah rezeki mereka.

Nilah budak bulus manje

Ni kucing jantan sedang mengendap hamster roomate

Dan inilah watak utama kita budak bulus garang

Tengah makan sesama.
Dan kebetulan ada jiran dekat bilik yang tak balik lagi masa tu jadi minta tolong dia bagi makan dulu dekat budak bulus tu kalau datang cari kat blik..
Semester kedua untuk tahun akhir dan nak mula, first day masuk dan daftar kolej tercari-cari gak mana budak-budak bulu tu, cuti pun dalam sebulan je masa tu tak silap.. tunggu gaklah mana budak manje yang selalu ajak tidurkan..tunggu punya tunggu yang datang hanya budak bulus yang garang dan kucing jantan je sekor lagi dah tak ada,tak apalah mungkin ada yang dah ambik bela diakan(sedapkan hati je).

Dan budak bulus yang garang tu masih sama garang & susah nak didekati oleh sesiapapun.dan masa tu rasanya dia bunting.
Beberapa bulan/minggu macam tu sejak mula sem barulah, kucing tu dan macam jinak sikit-sikit kalau ajak masuk bilik mesti dia masuk tapi senyap-senyap takut orang marah tau apa..dan boleh gaklah ajak dia tidur atas katil.
Ada sekali tu dia duduk atas katil macam cari tempat jekan biarkan jelah tapi memang rasa lain lah macam nak cari tempat beranak macam tu.

Dua pic ni masa dia tengah cari tempat
One day, nak dijadikan cerita  dia datang minta makanan, oklah bagi macam biasa jelahkan.dan adalah perasan perut dia macam dah kempis dari sebelum tu..
Ni dialog antara aku & dia/:

aku:  mama,mama dah beranak ke?
dia:................(sambil makan makanan dia.)
aku: kalau mama dah beranak bawak lah anak datang sini nak tengok & jaga.
Selang beberapa hari lepas tu, satu hari tu dia datang depan bilik mengeow-ngeow ingat nak makan buka pintu, alangkah terkejutnya, dia gigit baby dia dan aku ambil lah sebab kesian kat anak dia dan ajak dia masuk dlam bilik siap letak atas katil.
dialog lagi:
aku: mama sekor je ke anak mama?
dia:........(jilat anak dia)
Lepas setengah jam macam tu dia minta nak keluar,bukalah pintu..lepas tu dia datang lagi mengeow depan pintu ,mungkin nak masuk dekat anak diakan.. Bukalah pintu, memang terkejutlah dia faham dan dia pergi ambik anak dia sekor lagi bawa datang bilik dia terus letak depan pintu baby dia..







Semua ni lepas dia hantar anak dia..Syok je dia tidur sambil peluk bantal tu..

Tapi sayang anak dia sakit tak sempat membesar, dua-dua mati.dan si mama ni lepas pada dia hantar anak dia dia semakin manje tapi dengan orang lain dia still masih takut dan hanya aku dan sorang kawan je dia berani untuk dekat-dekat....bawah ni pic dia yang manje giler masa kita orang sibuk siapkan FYP...Manje je kan dia ni...rindu dia harap-harap ada yang jaga dia sekarang ni. Maaf meow tak dapat bawak balik kamu sebab balik last hari tu dengan bus je.







Moral dari story ni,binatang pun memahami apa yang kita sampaikan dan dia percaya dekat kita manusia sampai sanggup hantar baby dia, bagi manusia yang suka dera/buli kucing atau binatang lain korang insaflah kerana kucing bukan saja-saja minta makan tau nak manje dengan kita....kekadang kalau kita bagi makan meraka turut doakan untuk kita sekali tau..

Wednesday, December 25, 2013

Design Template untuk blog sendiri

Alhamdulilah setelah dua hari bertungkus lumus akhirnya siap gak edit blog sepenuhnya..Kalau ada yang buka tu tak dapat blog ini maaf lah ye sebab tengah menyelenggara blog kasi kawai sikit(perasaan jap).
Berhadapan dengan coding sangat lah mencabar, tapi coding blog alhamdulilah mampu dihadam kalau coding java, c++ dan lain-lain mahu juling bijik mata tengok error yang berduyung-duyung.
Kali ni warna tema lebih kepada coklat, suka plak tengok coklat tapi adalah lagi combinasi hijau ye walaupun sikit.
Header dulu


Header sekarang..huhuhu besau meow-meow ok..


Hampir lupa kalau ada yang nak letak iklan kat ruang yang disediakan tu boleh, iklan free sahaja selama 2bulan ok..berminat boleh contact ye..


P/s: Kalau ada yang minat nak tempah design template bolehlah tempah sini ye..hihihi.. tempahan doodle sapa berminat boleh contact fb/email


Monday, December 23, 2013

Rumah kita ada Snow lah





Sihat semua reader?Percaya tak kalau alya cakap kat rumah ada snow?Aikkk bukan duduk malaysia ke asal ada snow kan? yes i'm malaysian citizen, not korea or Us..ok.

Betullah tak tipu korang tau rumah kita ada salji tak caya tengok pic kat bawah hah...




Betulkan? siap pegang lagi salji tu...wauu sejuk gigil..



Mesti ada yang tak puas hati lagikan?Nak kata pergi shah alam main salji kat rumah 4musim mmg tak pernah lah pergi, tulah masa kawan-kawan pergi hari tu tak join...hohoho. takpe rumah kita dah ada salji sendri...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
>....<
=

Sebenarnya-benarnya inilah salji yang dimaksudkan tau..

|
|
|
|
|
PETI SEJUK

|
|
|
|
|




ala yang dekat letak ais tu hah..jangan cakap tak tau sudah,nampak sangat tak pernh pergi dapur..hihi

Apa motif main ais tukan?yelah ais dah tebal sangat macam apa dah nak jadi gua dah, nak-nak sekarang musim hujan makin bertambah tebal plak jadinya,padahal baru je cuci peti ni.


Duk bersih-bersih peti ada jugak budak comel temankan hah,elok-elok tidur dengan je tuan dia pergi dapur semua lari ikut...
rajin nak tolong biar tak membantu pun..

Yang ni plak tolong jilat badan sendirilah

Budak ni tolong jaga luar jendela dari musuh..hihihi



Nak main salji?korang ambillah ais dalam peti yang dekat tepi2 tu main puas-puas ye..hohoho..

Thursday, December 19, 2013

Misteri Segitiga Bermuda dari Sudut Pandangan Islam.


Apa kabar semua reader...hari ni nak kongsi sedikit tentang SEGITIGA BERMUDA. Apa itu segitiga bermuda? Secara jujurnya ni adalah kali pertama alya dengan dan tahu pasal ini, sebabnya kurang membaca tulah jadinya..


Segitiga Bermuda atau nama inggerisnya Bermuda Triangle adalah sebuah daerah, tepatnya laut di Samudra Atlantik yang dibatasi oleh kota-kota di Amerika Tengah (Straits of Florida, Kepulauan Bahamas, dan Kepulauan Karibia). Segitiga Bermuda adalah sebuah misteri. Konon, banyak pesawat atau kapal laut yang melintasi daerah ini menghilang secara tiba-tiba. Tak ada satu orang-pun yang tau kemana pesawat dan kapal laut tersebut menghilang.


Pelbagai penelitian telah dilakukan mengenai kemisterian segitiga bermuda. Ada yang menyatakan, lokasi tersebut memiliki medan magnet yang sangat tinggi. Sehingga benda-benda yang mengandung logam, akan mudah tertarik ke pusatnya. Teori ini dikemukakan oleh Albert Einstein, dengan relativitasnya.



Ada pula yang menyatakan, hilangnya benda-benda (pesawat dan kapal laut) itu, karena memasuki gerbang waktu. Benda-benda itu memasuki wilayah gerbang waktu, sehingga ketika berada tepat diatasnya, maka akan menghilang. Hilangnya itu, bisa kembali ke masa lampau atau muncul di masa depan.



Ada juga yang menyatakan, lenyapnya benda-benda itu karena mereka ditelan atau dibawa oleh UFO (Unidentified Flying Object) atau piring terbang. Sementara yang lain mengatakan, mereka hilang karena masuk dalam dunia paralel. Mereka ada di dunia yang berbeda dengan dunia yang sebelumnya. Dari empat teori diatas, ketiga teori yang terakhir disebiut pula dengan teori mekanika quantum.


SEGITIGA BERMUDA ini dari sudut perspektif Islam:


Ada hadist yang diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : 


"Apabila salah seorang berada ditempat yang terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehinggan sebahagian dari sirinya ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu"


dikatakan larangan ini kerana kawasan seperti yang disabdakan oleh baginda dalam hadisnya adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.Jadi apa kaitannya dengan SEGITIGA BERMUDA??? Alasannya kerana bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika.Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara. 
Dengan hadis ini maka terungkailah misteri segitiga bermuda.Peristiwa dan kejadian aneh yang terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

image



Ada sebuah buku yang berjudul "Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda" Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir,bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan munculnya Dajjal. 

Menurut Syaikh Imam M. Ma'rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupakan tempat titik terhujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidir A.S bertakhta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaikh imam M. Ma'rifatullah Al-arsy berkata kalau penyelamat akhir Zaman iaitu 

Imam Mahdi akan keluar dari ghaibnya melalui tempat tersebut (segitiga bermuda ) dengan menggunakan jubah suci berwarna kebiruan. 

Namun persoalan yang menjadi misteri sehingga kini ialah 

Apakah penyebab kapal, pesawat, kapal terbang, atau apa jua yang melintasi kawasan misteri ini lenyap tanpa dapat dikesan ? 

Menurut Syaikh Imam M lagi,  iblis dan Syaitan tidak mampu mendekati pusat kawasanSEGITIGA BERMUDA, maka iblis dan syaitan ini pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalang setiap manusia yang mencuba untuk memasuki kawasan SEGITIGA BERMUDA. Kerana sesungguhnya sesiapa yang mampu sampai ketempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yg sesungguhnya.Banyak orang zaman dahulu yang telah mencuba kepusat SEGITIGA BERMUDA dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya. 

Menurut sebuah catatan kuno, Raja Iskandar Zulkarnain pernah mencuba memasuki ke kawasan misteri itu.Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi. wallahualam .


Wednesday, December 18, 2013

Makkah aku datang


Macam kenal je bunyi tajuk kat ataskan? filem ISTANBUL AKU DATANG kan?apa kaitan dengan tajuk MAKKAH AKU DATANG? banyak lak persoalannya....yelah setiap umat ISLAM pasti mengimpikan untuk kesana satu hari nanti, sama ada mengerjakan ibadat haji @ umrah. Samalah penulis post ni pun mengimpikan kesana juga. Cemburu dengan sahabat-sahabat yang di usia muda dah dapat jejak kaki kesana. Bulan 10 yang lalu dapat kabar dari sorang sahabat satu kuliah dulu insyaallah bulan 12 yang kita berada sekarang nilah dia dan family akan kesana..Seronoknya dapat jadi tetamu ALLAH di usia muda..

Usia muda kita masih bertenaga untuk melakukan ibadat right? kalau pergi usia 50-80an mesti susah nak beribadat.Apa-apa pun buat sahabat tersayang semoga perjalanan nanti selamat pergi dan kembali.

Selain mengimpikan menjadi tetamu ALLAH alya sangat berharap dan berdoa supaya dapat membawa ibu tercinta kesana suatu hari nanti INSYAALLAH...doakan ye semua.

Jom tanam niat untuk kesana membawa family..
Makkah tempat paling cantik, masa belajar adalah berangan dengan sahabat nak pergi korealah ,australialah tapi bila dah habis belajar dan mencari kerja ni tempat yang paling nak pergi adalah makkah..tempat lain tu nantilah dan menjadi pilihan paling bawah insyaallah..sebab apa?sebab apa hidup mati kita bila-bila masa jekan..jadi kalau ada peluang kita jejak lah kaki kesana dulu barulah berangan nak ke tempat lainkan...

Dah kahwin mesti nak pergi honeymoonkan? nak pergi honeymoon kat sini sambil buat ibadat boleh tak?INSYAALLAH dengan izinNya...amin...(hihihi gatal jap)

Monday, December 16, 2013

Game: Padankan baju versi islamik game



Assalamualaikum...

Lama tak update blog rindu plak nak update ye..tapi tak banyak cerita sangat yang nak dikongsi. Agak-agak ada ke yang rindu post dari blog alya ni ye?mesti tak adakan..hihi. It's ok, tak ada yang rindu pun tak apa..
Alya sebenarnya nak share satu game tapi game ni lebih kepada kanak-kanak ribena lah sikit...tapiiii orang besau nak main pun di alu-alukan, boleh kasi komen tentg game tu..

Hajat hati dah lama nak buat game macam tu tapi versi islamik gitukan..Kalau sudi bagilah komen kaw2 mana tau boleh buat penambahbaikakn..:-)


Ada sesiapa berminat nak letak dekat blog bawah ni codenya...dah copy sila credit dan tinggal jejak ye boleh usha-usaha blog korang nanti..:-)
<embed allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always" height="330" src="http://www.swfcabin.com/swf-files/1387261516.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="600"></embed>
 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013