Saturday, April 27, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Assalamualaikum w.b.t

Selamat malam semua, lama tak berceloteh dekat sini. Apa khabar ye semua yang singgah dekat blog bersawang ni...maaf ler kalau ada yang follow tapi Alya tak follow kembali tu, tapi insyaallah nanti Alya follow ye..:-)


Oklah bagi mereka yang dah tahu dan dah pergi pun tahniah sebab kalian dah berjaya harungi penat berjalan dan penat bertolak-tolak dengan lautan manusia yang sangat-sangat ramai.Seawal 10 pagi mungkin kurang,tetapi apabila masuk ke tengah hari penuh dengan hamba ALLAH yang minat membaca. Ada juga keluarga yang bawa anak-anak mereka untuk membeli buku sebagai galakkan untuk minat membaca, Alhamdulilah kalau macam tu, tapi kalau boleh galakkan mereka membaca buku yang berfaedah ye jangan terlalu dedahkan dengan buku yang berunsur buang masa dan sebagainya.

Kepada mereka yang belum sempat pergi semalam dan hari ni, tak pe masih ada masa sehingga 5mei ni ye tapi jangan lpe kepada yang dah boleh mengundi pergi mengundi dlu,tunaikan tanggungjawab andai sebagai umat islam..

Ada satu cerita yang nak di kongsi bersama, dan ianya bermula disebuah gerai menjual kaset &cd zikir. Sebelum ditegur kawan, alya sempat memerhatikan sejenak sudut yang menyebabkan alya terpegun.

Kawan: Korang-korang cuba tengok dekat sebelah kita.
Alya: kenapa?
Kawan:Tengok tu auntie tu Chinies, tapi dia duk tengok cd Zikir
Alya: Tulah dari tadi lagi duk ushar dia, betul ke Chinies?
Kawan: Betul lah tu.
Kawan kedua: A'alah betullah Autie tu Chinies.
Alya: Semoga dia memperolehi Hidayah dari ALLAH s.w.t

Itu adalah perbualan antara alya dengan kawan-kawan terhadap seorang untie chinies tu, semoga dia memperolehi apa yang dicarinya.Allah Maha Adil lagi Saksama terhadap hambanya,kita sebagai manusia seharusnya mendoakan yang terbaik buat mereka. Islam adalah untuk semua. 

Ni adalah hasil perbelanjaan hari ini menggunakan baucer yang berbaki RM150...(^_^)


Dua gambar di atas ni adalah kumpulan hijjaz rekod.


Replika yang terdapat di Pesta

Semoga apa yang berlaku pada hari ni memberi sedikit semangat dan dorongan kepada diri ini dan semua sahabat yang memaca untuk terus berubah ke arah kebaikan dan diredhai pencipta kita.. Doakan juga Alya  dan kawan-kawan, semoga dapat menamatkan tahun akhir ini dengan kemenangan yang akan diperolehi pada bulan 10 2013 ini. Insyaallah Amin....:-) terima kasih sudi baca.

Friday, April 26, 2013

BERNIKAH DARI JAUH


Ramlah binti Abu Sufyan: Bernikah Dari Jauh.

Profil

·         Nama penuh beliau ialah Ramlah binti Abu Sufyan bin Harb.
·         Digelar Ummu Habibah.
·         Sepupu Nabi SAW.
·         Berhijrah ke Habsyah dan suaminya murtad di sana.
·         Dinikahkah dengan Rasulullah SAW di negara Habsyah berwakilkan Raja An-Najasyi.
·         Isteri  Rasulullah SAW yang paling banyak menerima mahar iaitu 400 dinar ditambah dengan kelengkapan-kelengkapan lain. (Siyar A’laam An-Nubalaa’, Adz-Dzahabi,vol.2, hlm. 218-219).
·         Saudara kandung kepada Khalifah Muawiyah.
·         Meninggal pada masa pemerintahan Muawiyah.

Ayahnya Hebat Menentang

                Ramlah binti Abu Sufyan atau Ummu Habibah merupakan puteri kepada seorang tokoh musyrik.  Berbangsa Quraisy.  Siapa tidak kenal Abu sufyan?
Ayahnya hebat mengerah minda siang dan malam untuk menghancurkan Islam. Biarpun begitu, hidayah menerobos masuk ke dasar hati Ummu Habibah sejak fasa pertama  dakwah Rasul. Begitu juga hidayah menerpa suaminya.
Abu Sufyan tidak redha dengan ke-Islaman mereka. Dia berusaha sehabis daya memurtadkan kembali puteri dan menantunya. Kemarahan dan kebencian meluap-luap. Hinggakan, orang-orang Quraisy berani menindas pasangan mukmin itu dan memberi tekanan dari segala arah. Masakan tidak, ayah mereka sendiri tidak akan membela.

Membawa Diri ke Habsyah

Deraan mental dan fizikal di bumi Makkah tidak tertahan lagi. Ummu Habibah dan suaminya termasuk dalam golongan mustad’afuun (orang-orang yang lemah, tiada pembela).
Rasulullah SAW mengizinkan para sahabat berhijrah ke Habsyah. Ummu Habibah dan suaminya berada di barisan pertama.
Orang-orang musyrikin Quraisy tidak berdiam diri. Mereka berhimpun lalu memutuskan untuk menghantar dua orang delegasi hebat ke Habsyah. Tujuannya untuk menghasut Raja An-Najasyi agar menghalau muslimin yang berlindung di sana.
Di istana, dialog sengit berlaku antara delegasi musyrikin Makkah iaitu Abdullah bin Abu Rabi’ah dan Amr bin Al-Ash bin Wail, kaum muslimin di Habsyah dan Raja An-Najasyi. Hujah kaum muslimin lebih bersinar terang. Bergemerlapan cahayanya. Akhirnya, An-Najasyi mengisytiharkan ke-Islamannya secara terbuka. Ummu Habibah dan kaum muslimin yang lain hidup dalam keadaan aman damai.

Terpisah Akidah

                Disangka  panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Kedamaian yang disangka berpanjangan, rupanya ada ujian berat di hadapan. Suami tercinta, Ubaidullah murtad dari Islam dan memeluk agama Nasrani.
                Ummu Habibah sedih bukan kepalang. Beliau murung berpanjangan. Kehidupan asing di negeri orang lebih menambah tekanan. Ingin kembali ke Makkah, ayahnya sudah membuang. Terpaksalah beliau bertahan di situ dalam serba keterasingan. Hanya Allah teman kesedihan.

Kebahagian Menyeruak

                Ketika hidupnya rebah di dada sepi, datanglah pembelaan dari Ilahi. Suatu hari yang cerah, seorang pelayan wanita Raja An-Najasyi telah menyampaikan pinangan Nabi. Wajah Ummu Habibah yang mendung kini berseri-seri.
                Untuk mengubat derita Ummu Habibah, pernikahan disegerakan. Raja An-Najasyi menjadi wakil daripada Rasulullah SAW untuk melafazkan akad sakinah. Semua para sahabat di Habsyah berkumpul untuk meraikan pernikahan barakah itu.
                Kemudian, si pengantin baru dikirimkan ke Makkah. Bersamanya Syurahbil bin Hasanah. Raja An-Najasyi yang baik hati itu menanggung segala bekalan perjalanan. (Rujuk lanjut Riwayat Abu Daud). Ummu Habibah lalu pulang ke Makkah mendapatkan cinta hatinya, seorang Nabi.
Berada di sisi Nabi, dengan pangkat besar, Ibu Orang-orang Beriman, keimanannya bertambah tinggi. Kelembutan sikap dan kemuliaan akhlak Rasul mengubat segala sendu.

Memuliakan Suami

                Sebelum berlakunya pembukaan Makkah, Az-Zuhri meriwayatkan bahawa Abu Sufyan datang ke Madinah untuk membincangkan perihal genjatan senjata. Rasulullah SAW menolak.
                Abu Sufyan lalu mendatangi rumah puterinya. Ketika dia hendak duduk di atas alas yang biasa diduduki oleh Rasulullah SAW, Ummu Habibah segera mengambil dan melipatnya.
                Abu Sufyan terkejut. Dia bertanya,
                “Kamu tidak suka ayah duduk di atas alas ini? Atau kamu tidak suka alas ini diduduki oleh ayah?”
                Ummu Habibah menjawab,
                “Saya tak suka alas ini diduduki oleh ayah kerana ia milik Nabi. Sedangkan ayah ini najis dan musyrik.”
                Abu Sufyan berkata perlahan,
                “Puteriku, engkau banyak berubah setelah jauh dariku.” (Rujuk al-Ishaabah, vol. 8. Hlm. 142).

Perpisahan Di Dunia

                Perginya seorang Rasul, suami dan kekasih adalah saat paling gelap dalam hidup Ummu Habibah. Akidah yang mantap mengakar membuatkan beliau tetap teguh dengan keimanan. Hari-hari yang dilalui tanpa suami dihiasi dengan banyak berpuasa dan bersolat malam.
                Ummu Habibah diberikan umur panjang sehingga pemerintahan Muawiyah, saudara kandungnya. Beliau sentiasa dihormati dan disegani oleh setiap orang lebih-lebih lagi ketika saudara kandungnya itu diangkat menjadi pemimpin besar.

Mengubat Pahit Bermadu

                Auf bin al-Harits berkata, Aisyah r.ha pernah berkata, “Menjelang wafatnya, Ummu Habibah memanggilku lalu berkata, ‘Di antara kita pernah ada beberapa hal yang biasa terjadi antara isteri-isteri yang bermadu. Aku memohon semoga Allah mengampuni segala kesalahanku dan kesalahanmu berkenaan hal itu.’”
                Aisyah membalas, “Semoga Allah mengampuni segala kesalahanmu dalam hal itu dan semoga menghalalkan semuanya.”
                Ummu Habibah berkata lagi, “Saya berasa sangat bahagia. Semoga Allah memberikanmu kebahagiaan pula.” Ummu Habibah juga memnaggil Ummu Salamah dan mengatakan hal yang sama. (Riwayat Ibnu Saad).
                Ummu Habibah meninggal dunia pada 44 Hijriah pada masa pemerintahan Muawiyah. Semoga Alah meredhainya dan beliau juga meredhai Allah.

 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013