Monday, December 31, 2012

Hooray akhirnya impian jadi kenyataan

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang jadi kenyataan tu?Tajuk gimik je lebih tu,beselah drama swastakan.. Kisahnya macam ni pada suatu hari(1bulan yang lepas) semasa sedang sibuk berjalan-jalan di google terjumpelah seseuatu yang sangat menarik kalbu.

Apa yang menarik kalbu tu?
Dan bermulalah dua sahabat mencari-cari di sekitar google dan jumpe apa yang di cari,dan si kawan meminta pertolongan mak ciknya untuk mendapatkan hajat yang di ingini. Selama sebulan keterujaan yang melamapau semakin berkurangan dek kerana hajatnya belum tercapai.

Alkisahnya pada rabu yang lepas 27/12/2012 mendapat berita yang apa yang di hajati itu sudah pun sampai di Malaysia(apa tu?) dan awal-awal pagi tadi baru dapat dekat tangan sendiri.huhuhu.

ok lah malas merapu apa yang dicerita tu sebenar-benarnya adalah seperti berikut:
Ini adalah sejenis tablet.
Abaikan benda pink tu ye.
Apa benda ni ye?kotak ye mana isinya?

ok lah ni isi dalam kotak tu,apa je tu?Ada pen,wayer USB ,cd dan nips

Sebenarnya ni adalah sejenis graphic tablet ye.

tengok tepi siap ada shortcut button lagi k..
Jenama HUION.

Butang shortcut.
Hasil pertama menggunakan tablet.buruk..ngek2...
Alhamdulilah setakat pakai ni semua ok lah cuma kekok dengan tak tau function sangat lagi..harga tablet ni pun dalam 100 lebih je tak mampu nak beli bamboo woo...Ok lah tu je.SELAMAT TAHUN BARU 2013.

Thursday, December 27, 2012

Review Tempahan Header

Assalamualaikum w.b.t

Malam-malam baru dapat update entri baru ye,siang sibuk ja(yeke??hehehe). Ok lah sebenarnya tak tau nak cerita pe jadi kalian layan jelah pe yang ada kat bawah ni malas nak cerita pepanjang nanti ngantuk lak..

Apa ni ye?
Ni tempahan salah seorang budak comel nama tak leh kasi tau lagi,surprise sikit ye,sikit jelah. Ni pun mungkin ada tambahan lagi ye.

P/S Penaja:Sesiapa yang berminat menempah doodle boleh ke sini atau ke sini.

Tuesday, December 25, 2012

Hadiah segmen Blogwalking dengan Alya Balqis Studio

Assalamualaikum w.bt

Petang semua.,..kepada tiga orang yang bertuah untuk segmen sebelum ni sila bagi email ye untuk hadiahnya.Sebab hadiah yang korang dapat buatnya kena pos ke pe.

Hadiah untuk kalian adalah tiga doodle versi chibi Alya Balqis Studio ye..nak tengok meh tengok kat bawah ni ye.
Bagi yang tak tau macam mana no mereka terpilih tengok SINI.

Dah siap-siap ada nama dengan url blog lagi tapi kalau nak cek betul ke tak no anda tu boleh tengok sini.
Kalau dalam tempoh satu minggu tak de yang tuntut hadiah ne akan diberi kepada peserta lain.
Harap maklumt.

Warna setiap doodle di di warna berdasarkan warna blog anda ye(warna yang ada dekat blog).

P/S penaja:Kepada Peserta No 18 hadiah dah hantar dekat email,sila cek,kalau dah dapat bagitau.

Art Trade : Munirah,Miera dan Kira

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah masih bernyawa lagi hari ini Allah masih bagi kita peluang untuk baiki diri kita ke arah kebaikan.

Alhamdulilah juga dapat siapkan 3art trade dengan 3 orang budak comel munirah,miera dan kira. Maaf ye sangat lambat balasnya sedikit sibuk huhuhu. Kat bawah ni balasan untuk art trade yang korang dah bagi tu ye..harap terima walau tak cantik ye.huhu.

Munirah
 sebelum ni dapat doodle dalam epal,ni balasnya coklat,tak tau munirah makan coklat ke edak..huhuhu.

Ni untuk eira lak warna baju ni di adaptasi dari blog eira sendiri tak tau lah harap2 disukainya..huhu
Kira

Ni lak untuk budak kecik kira ye ,warna biru ni sebab tengok blog dia biru ja,peminat biru mungkin..huhuhu
Moral Value: Ni untuk mereka sahaja ye jangan mencuri sangat.
P/S Penaja: Nak boleh klik sini @ SINI ye.

Monday, December 24, 2012

Segmen:" Blogwalking dengan alya balqis studio" sudah tamat

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah segmen pertama dah ditutup ,terima kasih bagi mereka yang sokong segmen ni ye. Bagi yang dah join segmen ni anda di WAJIB kan follow peserta lain ye. Bagi yang tak join pun boleh follow ye digalakkan kepada semua biar makin bertambah kenalan kita ye.

Sebelum ni ada pernah cakap kemungkinan akan ada hadiah kalau ramai yang joinkan?Ok dengan baik hatinya(perasan jap..huuhuhu.) Alya Balqis Studio nak bagi tiga hadiah kepada tiga orang yang bertuah yang dipetik dari random.org.

Nak tengok sapa yang bertuah sangat tu malam ni?Agak-agak ada dengan no korang tak? Nak tahu korang no berapa sila tengok senarai nama ye.Bagi yang tak dapat tu tak pe Insyaallah akan ada segmen lain plak ye,mungkin segmen doodle lak..huhu.

No pertama di petik:
 No kedua di petik
 No ketiga di petik:
Moral Value:Bagi mereka yang tersenarai sebagai pemenang sila datang melapor diri dan tinggalkan jejak disini @  di fanpage ye.
 P/S Penaja:  Sekiranya tidak berbuat muncul untuk keterangan diri hadiah untuk anda akan dibatalkan.

Segmen:" Blogwalking dengan alya balqis studio"

Assalamualaikum w.b.t
UPDATE: tepat jam 10.30pm(laptop)..segmen ditutup..
Tiba-tiba di pagi sabtu hari ni terdetik dihati nak buat satu segmen " Blogwalking dengan alya balqis studio"
macam bes jekan(perasan..huhuhu). Apa-apa pun segmen ni di buat untuk menambah kenalan  kita tukar-tukar link ye, follow memollow  dan sewaktu dengannya lah.

Di sebabkan ni first segmen yang dibuat jadinya harap korang sudilah join reramai untuk memeriahkan acara ni ye.. :-). Ni segemen pertama yang saya anjurkan harap kalian sudi join.Syarat-syarat mudah je meh tengok bawah.



http://1.bp.blogspot.com/-lW95tBHxxU0/UNUpbf5PnUI/AAAAAAAABB8/JAbQP0nuQg0/s1600/Untitled-1.png

  1. Korang copy banner kat atas ni letak dekat entri korang(kalau ada).
  2. Wajin follow blog ni Alya Balqis Studio
  3. Wajib like fanpage Alya Balqis Studio
  4. Buat entri yang bertajuk " Blogwalking dengan alya balqis studio"(tak wajib,kalau rajin)
  5. kalau yang buat @ tak buat entri sila tinggalkan link blog dan juga fanpage(kalau ada)
  6. List peserta akan dikeluarkan dan sesiapa yang dah join wajib follow @ like peserta lain juga ye.
  7. kalau boleh ajak lah seramai mana kawan anda ye.
  8. Tarikh tutup: tak tahu lagi nanti update baru ye.
Moral value: Hrap ramai yang akan support segmen ni
P/S Penaja: kemungkinan akan ada hadiah special kalau peserta yang join ramai,t.kasih.

Sunday, December 23, 2012

Banjir 2012 dah datang !!!

Assalamualaikum w.b.t

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang diminta bersiap sedia untuk menghadapi banjir ekoran hujan lebat berikutan monsun timur laut atau musim tengkujuh yang bermula akhir Oktober lalu sehingga awal Mac depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, nasihat hujan lebat peringkat kuning telahpun dikeluarkan pada petang Rabu lalu yang boleh membawa risiko banjir di negeri-negeri berkenaan.

Di Sabah, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kudat, Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Di Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok, Pasir Putih dan Machang manakala di Terengganu meliputi daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Masa budak-budak dulu bes je banjir boleh main air ye, abang siap buat rakit(dengan tayar lori besar tu) ,korang ada tak kenangan macam ni share sikit.
 P/S penaja: Bagi kawasan yang berkemungkinan tu  waspada ye,kita merancang DIA yang mengatur.
sumber:sini
NAK TAMBAH KENALAN JOM JOIN SINI 

Friday, December 21, 2012

Tempahan Doodle dari Nadhirah

Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik, pejam celik dah nak habis minggu untuk minggu ni plak dah. Begitu cepat masa berlalukan, tulah tanda dunia dah nak kiamatkan. Sebut pasal kiamat ni ada dengar cerita tersebar pasal hari kiamat hari ni ye.
Kita manusia mana tau dunia ni nak kiamat bila hanya pencipta kita yang mengetahui segalanya .

Jadi kita orang melayu yang beragama islam ni janganlah terpedaya juga dengan taktik-taktik/kata-kata musuh islam ni. Yang pasti kiamat tu pasti terjadi.. BILA? tiada siapa antara kita yang tahu.

Oklah entri ni sebenarnya nak share sikit pasal tempahan doodle dari nadhirah. Dia nak design baju kurung cotton dan ada pattern, ada pattern? Waaa macam mana mau buat ni dah r pakai SAI kan?

Last-last lepas pulun tengok tutorial yang budak baik hati buat ,tengok U-tube dapat ler cara sendiri nak buat masuk dekat SAI terus..hohooh..Ok daa tu je nak cerita jom tengok doodlenya.

Ni doodlenya,macam mana?

Ni lak special dari alya balqis studio ye.

Moral Value: Kalau nak doodle macam ni boleh tapi kena tempah lah ye,tak pun art trade okies.
P/S Penaja: 1)Jangan nak mencuri sangat ye, walau saya tak tau pun ALLAH s.w.t tgk apa yang korang buat
                     2)Kritik sikit ,mana tau kalau ada yang perlu dibaiki..(^_^)
                     3) Kepada tiga orang yang art trade dengan alya ,maaf ye lambat sikit.(^_^)

Wednesday, December 19, 2012

Coklat untuk kesihatan?


Assalamualaikum w.b.t



Sedang godek-godek nak buka email ni ada terpandang satu kenyataan silap artikel mungkin tau apa-apa jelahlah yang layak. Artikel tu mengenai kebaikkan coklat untuk kesihatan. First time gak lah dengar pasal benda ni jadinya nak kongsilah sikit dengan kalian semua. Sebelum ni pernah dengar pasal coklat dapat mengurangkan stress...betul ke? Dah jom baca bawah ni.

Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.

Antaranya:

1. Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2. Kulit sentiasa lembap dan segar.
3. Menegang dan menghaluskan kulit.
4. Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5. Mencegah kedutan pada wajah. 

Ketahui lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian kamu:

Pelembut Kulit

Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja, ia ternyata merupakan sebuah bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana sifatnya sebagai pelembap semula jadi yang luar biasa mampu menjadikan kulit anda sentiasa lembut.

Melambatkan Kedutan

Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan katecin yang merupakan antioksidan kuat berupaya mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.

Moral Value: Coklat ada baik dan buruknya ,nak yang baik jadi kita ikut seperti yang disarankan oleh pakar.
P/S Penaja: Like jika suka, share kalau entri ni menarik
Sumber: sini

Freebis Doodle: Skuter versi alya balqis studio

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum dimatikan sekejap malam ni(tidur) atau selama-lamanya(takdir pencipta kita tidak tahu) nak bagi freebis lah kat sesiapa yang berminat nak ambil ler ye tiada paksaan okiess. Dan doodle skuter ni pun macam yang sebelum ni tekan sini doodle lama gak awal tahun 2012 buatnya sekarang dah akhir tahun masihi.

Ok lah malas nak bebel panjang-panjang nak tidur dah  untuk awek muda okies. Dah jom rr tengok macam mana rupawan skuter saya ye...?

Ni bagi yang nak mewarna sendiri boleh ler ambik free je.
Pic yang kat bawah ni semuanya ada watermark yang dulu-dulunya sekarang belum ada watermark lagi ye. Tak nak watermark boleh buang sendiri.






Moral Value: Orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa.
P/S Penaja: Kalau suka tolong like sikit ,kalau nak ambil tu kredit/bagitau ye nanti leh pe terjah blog hampa.

Tuesday, December 18, 2012

Berjaya bertukar kepada dot my (^_^)

Assalamualaikum w.b.t


Entri express hari ni nak berkongsi berita gembira sebabnya dah berjaya tukar domain sendiri .Sepatutnya dari semalam lagi dah bertukar tu tapi ada sedikit salah faham ,ada ke patut pe delete balik pe yang dah buat(sengal betul..hahahaha).
  • Dulu alyabalqisstudio.blogspot.com
  • Sekarang www.alyabalqisstudio.my 
ok lah kalau ada yang berminat nak jadi macam ni gak korang ada masa lagi seblum 25hb ni tau last..sekrang jom pe serbu blog ni ye...

Moral value: Baca arahan yang diberikan dengan betul ye jangan duk panik tak tentu pasal kalau salah tu ye..tanya pada yang pakar..huhuhu
PP/S Penaja: Tapi bagi yang berumur 18tahun dan keatas jelah yang boleh ye..tak cukup tunggu tahun-tahun hadapan ye..okai.

Sunday, December 16, 2012

Tempahan doodle chibi versi AB Studio

Assalamualaikum w.b.t

Selamat malam semua, ok lah saya je gatal tangan nak mencari rezeki membuka tempahan doodle chibi versi alya balqsi studio. Tempahan ini hanya kepada mereka yang berminat sahaja ye(macam ada je).

Syarat-syarat nak tempah doodle kat sini senang je tak susah:
  • Betul-betul berminat sahaja yang akan dilayan
  • Sila isi borang tempahan di sini dengan detail.
  • Sebarang perubahan hanya sekali sahaja yang akan diterima selebihnya akan dikenakan bayaran tertakluk kepada perubahan yang dilakukan.
  • Proses melukis akan dilakukan dahulu.
  • Selepas itu proses pembayaran dilakukan selepas lukisan doodle(line sahaja tanpa warna) dipersetujui oleh penempah iaitu anda.
  • Doodle akan diwarna seperti yang dibagitau.

keguguran rambut

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni nak cerita sedikit masalah yang bese dihadapi oleh semua orang iaitu keguguran rambut. Bukan perempuan je ada masalah ni ok,lelaki pun kekadang ada juga kan. Selurus mana pun rambut kita kalu tak dijaga dengan elok pasti jadi macam ni gak kan.

Macam tulah alya pun ada masalah ni juga iaitu keguguran rambut yang sangt teruk lah juga rasanya,setiap kali sikat rambut je mesti penuh je sikat tu dengan rambut
Nak share sedikit maklumat yang diperolehi hasil mengoogle tadi. Sebab dan cara nak merawat masalah ni.



gambar sekadar hiasan


gambar sekadar hiasan


SEBAB RAMBUT GUGUR:

  • Penggunaan pengering rambut yang  kerap boleh menghilangkan kelembapan rambut akibat suhu yang terlalu panas digunakan.
  • Rambut tidak dicuci dengan sempurna selepas berenag di pantai atau kolam renang dan ini akan mengakinatkan klorin dan garam yang terkandung didalam air boleh merosakkan struktur rambut.
  • Terlalu kerap mencuci rambur boleh menyebabkan kehilangan kelembapan dan rambut menjadi kering
  • Selain itu, masalah kelemurur yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang diluar sana dan rambut berminyak juga menjadi punca utama masalah keguguran rambut
  • Penggunaan pencuci rambut yang tidak berkesesuaian dengan rambut juga menjadi salah satu punca masalah rambut gugur
  • Ada diantara kita yang menghadapi masalah ini disebabkan oleh tekanan/STRESS yang melampau.
  • Penggunaan bahan kimia yang yang berleluasa sekarang ini seperti contoh pewarna rambut , semburan untuk rambut dan lain-lain.
            sumber dari: sini

Atas ini adalah beberapa punca/sebab masalah keguguran rambut y ang bese dihadapi oleh kita semua. Bagaimana kita mengatasi masalah ini? dengan hanya pergi menbuat rawatan kesiharan rambut?(bagi yang berkemampuan boleh lah). ok bagi yang tak berkemampuan ni (macam orang yang menulis nilah) jom kita tengok apa yang paling senang untuk kita buat.

Cara mengatasi masalah rambut gugur:

  • Selepas shampoo rambut, lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan urut ke kulit kepala. Selepas itu, bilas. Guna conditioner yang biasa anda gunakan untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.
  • Selepas shampoo rambut, lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan urut ke kulit kepala. Selepas itu, bilas. Guna conditioner yang biasa anda gunakan untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.
  • Untuk mengatasi masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari. Ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.
  • Untuk kes beruban sebelum waktunya (premature greying), jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi apabila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi, lalu terjadilah uban apabila usia meningkat. Uban juga boleh terjadi pada usia remaja walaupun anda tidak mempunyai keturunan.
  • Bagi merawat rambut yang rosak, anda boleh gunakan pisang. Caranya, ramas pisang dan campur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda. Kemudian syampu (sebaik-baiknya syampu herba) dan conditioner

  • sumber dari : sini

Moral value :  Rambut adalah permata bagi wanita.
P/S Penaja : Kalau ada yang dah cuba cara-cara di atas dan berhasil sila bagitahu ye.huhuhu.

FREEBIS DOODLE:Muslimah bertopi comel

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni tak de segmen yang nak join, tak de entri yang nak tulis, internet pun slow nak skype dengan kakak pun tak leh(motif nak tgk baby meow kat rumah) abaikan yang tu.

Tiba-tiba dapat idea nak bagi freebis doodle lak kat sape yang singgah sini..doodle ni bukan yang baru sebenarnya dah lama dah buat sayang lak simpan kat laptop ni kalu tak bagi kat orang ye idak? Dengan baik hati,comel,cutenya ab studio malam ni nak bagi lah kat korang versi muslimah pakai topi dengan bola.

Doodle ni dilukis menggunakan adobe photoshop ye, sekarang dah tak guna photoshop untuk buat doodle pkai SAI lak lagi mudah untuk mendoodle..huhuhu.

k lah jom tengok ada yang korang berkenang untuk di culik tak kat bawah ni..










Moral value: Dalam Islam menuntut kita berpakaian yang menutup aurat dengan sempurna.
P/S Penaja: kalu suka boleh ambik tak suka komen lah sikit.(^_^).

Friday, December 14, 2012

Segmen: Tambah Follower Banyak-Banyak!!

Assalamualaikum w.b.t

Segmen kedua untuk hari ni nak join yelah follower ramai sangatkan...maklumlah baru berapa hari lahir ni hah..(^_^). Tadi tengah jejalan kat google tu ada lah terjumpe pasal segmen ni macam bes je tgk ..jadi tanpa fikir panjang join ler tu lah alkisahnya..

kalau nak join leh tekan banner ni ye kekawan
       
Follower setakat jam menghampiri 9malam 14/12/2012 ni baru banyak ni:

Moral Value: Jom tambah kenalan nanti leh hai,hai..bye,bye....
P/S Penaja: kalu rasa nak kenal saya follow ler saya.


Segmen: "I Want More Likers by Fatini"

Assalamualaikum w.b.t

klik
|
|
\/

Sebelum join

10 makanan yang PELIK dimakan diseluruh dunia



Assalamualaikum w.b.t

Tak nak cakap panjang korang semua tengok jelah pic bawah ni..Harap enjoy..(senyum jahat).Tengok sampai habis ye.
  • Veres



  • Nutria stew

  • Criadillas


  • Silk worms

  • Donkey penis



  • Casu marzu



  • Sea horses



  • Haggis


  • Borewors




  • Snake blood


Moral value :Hargailah nasi/ makanan yang berkhasiat yang kalian makan.
P/S Penaja : eeewww apa2 jelah dorang ni cam tak ada makanan dah..
Sumber : Lupa blog mana.

 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013