Showing posts with label Tempahan. Show all posts
Showing posts with label Tempahan. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Review Tempahan header yang Siap

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum ni dah tunjuk yang belum berwarna dan ni dah siap warna dan dah di pasang di blog ini jom terjah sekarang ye. Kali pertama design header untuk orang lain, alhamdulilah nasib yang menempahnya suka. Tempahan yang di inginkan bertemakan hijau sesuai dengan tema sedia ada hijau,yang paling pentig design yang suasana kampung dengan pokok kelapa dan gadis muslimah. Jadi hasilnya macam di bawahlah ye.

Sebelum warna.

Selepas warna dan dah siap pasang.
 P/S Penaja:Ada yang nak tempah boleh ke SINI atau ke SINI.

Friday, December 21, 2012

Tempahan Doodle dari Nadhirah

Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik, pejam celik dah nak habis minggu untuk minggu ni plak dah. Begitu cepat masa berlalukan, tulah tanda dunia dah nak kiamatkan. Sebut pasal kiamat ni ada dengar cerita tersebar pasal hari kiamat hari ni ye.
Kita manusia mana tau dunia ni nak kiamat bila hanya pencipta kita yang mengetahui segalanya .

Jadi kita orang melayu yang beragama islam ni janganlah terpedaya juga dengan taktik-taktik/kata-kata musuh islam ni. Yang pasti kiamat tu pasti terjadi.. BILA? tiada siapa antara kita yang tahu.

Oklah entri ni sebenarnya nak share sikit pasal tempahan doodle dari nadhirah. Dia nak design baju kurung cotton dan ada pattern, ada pattern? Waaa macam mana mau buat ni dah r pakai SAI kan?

Last-last lepas pulun tengok tutorial yang budak baik hati buat ,tengok U-tube dapat ler cara sendiri nak buat masuk dekat SAI terus..hohooh..Ok daa tu je nak cerita jom tengok doodlenya.

Ni doodlenya,macam mana?

Ni lak special dari alya balqis studio ye.

Moral Value: Kalau nak doodle macam ni boleh tapi kena tempah lah ye,tak pun art trade okies.
P/S Penaja: 1)Jangan nak mencuri sangat ye, walau saya tak tau pun ALLAH s.w.t tgk apa yang korang buat
                     2)Kritik sikit ,mana tau kalau ada yang perlu dibaiki..(^_^)
                     3) Kepada tiga orang yang art trade dengan alya ,maaf ye lambat sikit.(^_^)

Sunday, December 16, 2012

Tempahan doodle chibi versi AB Studio

Assalamualaikum w.b.t

Selamat malam semua, ok lah saya je gatal tangan nak mencari rezeki membuka tempahan doodle chibi versi alya balqsi studio. Tempahan ini hanya kepada mereka yang berminat sahaja ye(macam ada je).

Syarat-syarat nak tempah doodle kat sini senang je tak susah:
  • Betul-betul berminat sahaja yang akan dilayan
  • Sila isi borang tempahan di sini dengan detail.
  • Sebarang perubahan hanya sekali sahaja yang akan diterima selebihnya akan dikenakan bayaran tertakluk kepada perubahan yang dilakukan.
  • Proses melukis akan dilakukan dahulu.
  • Selepas itu proses pembayaran dilakukan selepas lukisan doodle(line sahaja tanpa warna) dipersetujui oleh penempah iaitu anda.
  • Doodle akan diwarna seperti yang dibagitau.
 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013