Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Coklat untuk kesihatan?


Assalamualaikum w.b.t



Sedang godek-godek nak buka email ni ada terpandang satu kenyataan silap artikel mungkin tau apa-apa jelahlah yang layak. Artikel tu mengenai kebaikkan coklat untuk kesihatan. First time gak lah dengar pasal benda ni jadinya nak kongsilah sikit dengan kalian semua. Sebelum ni pernah dengar pasal coklat dapat mengurangkan stress...betul ke? Dah jom baca bawah ni.

Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.

Antaranya:

1. Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2. Kulit sentiasa lembap dan segar.
3. Menegang dan menghaluskan kulit.
4. Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5. Mencegah kedutan pada wajah. 

Ketahui lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian kamu:

Pelembut Kulit

Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja, ia ternyata merupakan sebuah bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana sifatnya sebagai pelembap semula jadi yang luar biasa mampu menjadikan kulit anda sentiasa lembut.

Melambatkan Kedutan

Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan katecin yang merupakan antioksidan kuat berupaya mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.

Moral Value: Coklat ada baik dan buruknya ,nak yang baik jadi kita ikut seperti yang disarankan oleh pakar.
P/S Penaja: Like jika suka, share kalau entri ni menarik
Sumber: sini

Sunday, December 16, 2012

keguguran rambut

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni nak cerita sedikit masalah yang bese dihadapi oleh semua orang iaitu keguguran rambut. Bukan perempuan je ada masalah ni ok,lelaki pun kekadang ada juga kan. Selurus mana pun rambut kita kalu tak dijaga dengan elok pasti jadi macam ni gak kan.

Macam tulah alya pun ada masalah ni juga iaitu keguguran rambut yang sangt teruk lah juga rasanya,setiap kali sikat rambut je mesti penuh je sikat tu dengan rambut
Nak share sedikit maklumat yang diperolehi hasil mengoogle tadi. Sebab dan cara nak merawat masalah ni.



gambar sekadar hiasan


gambar sekadar hiasan


SEBAB RAMBUT GUGUR:

  • Penggunaan pengering rambut yang  kerap boleh menghilangkan kelembapan rambut akibat suhu yang terlalu panas digunakan.
  • Rambut tidak dicuci dengan sempurna selepas berenag di pantai atau kolam renang dan ini akan mengakinatkan klorin dan garam yang terkandung didalam air boleh merosakkan struktur rambut.
  • Terlalu kerap mencuci rambur boleh menyebabkan kehilangan kelembapan dan rambut menjadi kering
  • Selain itu, masalah kelemurur yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang diluar sana dan rambut berminyak juga menjadi punca utama masalah keguguran rambut
  • Penggunaan pencuci rambut yang tidak berkesesuaian dengan rambut juga menjadi salah satu punca masalah rambut gugur
  • Ada diantara kita yang menghadapi masalah ini disebabkan oleh tekanan/STRESS yang melampau.
  • Penggunaan bahan kimia yang yang berleluasa sekarang ini seperti contoh pewarna rambut , semburan untuk rambut dan lain-lain.
            sumber dari: sini

Atas ini adalah beberapa punca/sebab masalah keguguran rambut y ang bese dihadapi oleh kita semua. Bagaimana kita mengatasi masalah ini? dengan hanya pergi menbuat rawatan kesiharan rambut?(bagi yang berkemampuan boleh lah). ok bagi yang tak berkemampuan ni (macam orang yang menulis nilah) jom kita tengok apa yang paling senang untuk kita buat.

Cara mengatasi masalah rambut gugur:

  • Selepas shampoo rambut, lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan urut ke kulit kepala. Selepas itu, bilas. Guna conditioner yang biasa anda gunakan untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.
  • Selepas shampoo rambut, lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan urut ke kulit kepala. Selepas itu, bilas. Guna conditioner yang biasa anda gunakan untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.
  • Untuk mengatasi masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari. Ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.
  • Untuk kes beruban sebelum waktunya (premature greying), jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi apabila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi, lalu terjadilah uban apabila usia meningkat. Uban juga boleh terjadi pada usia remaja walaupun anda tidak mempunyai keturunan.
  • Bagi merawat rambut yang rosak, anda boleh gunakan pisang. Caranya, ramas pisang dan campur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda. Kemudian syampu (sebaik-baiknya syampu herba) dan conditioner

  • sumber dari : sini

Moral value :  Rambut adalah permata bagi wanita.
P/S Penaja : Kalau ada yang dah cuba cara-cara di atas dan berhasil sila bagitahu ye.huhuhu.
 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013