Saturday, February 23, 2013

Masa itu Emas

Assalamualaikum w.b.t
 
Lama menyepi sampai ada yang bertanya kemana menghilang ye.Alhamdulilah masih ada yang mengambil berat akan diri ini. Menyepi bukan membawa diri,tapi menyepi dek kerana kesibukkan yang manusia cipta sendiri. Kita hidup kadang-kadang ada jatuh dan bangunnya, ada masa kita menonjol ada masa kita tenggelam di arus kemodenan dunia pada hari ini.Mukadimah untuk entri kali ini..(^_^)

Kenapa tajuk hari ini "Masa itu Emas"?


Setiap manusia di muka bumi ini diberi masa 24jam sehari bayangkan banyak yang boleh kita lakukan dalam masa 24jam tersebut. Kita boleh belajar, pergi kelas buat tugasan cikgu bagi, kemas rumah, jaga anak, tolong ibubapa dan banyak lagi.

Tapi berapa ramai antara kita dapat manfaatkan masa yang diberi dengan baik? tak ramai yang mampu mengisi masa mereka dengan perkara yang berfaedah.

Kenapa macam itu?

Sebab kita tak pandai menguruskan masa kita, kita tak tahu cara nak uruskan masa dengan betul, kita "Sesat" dalam dunia hari ini yang membangun dengan pesat terutama dalam bidang IT yang boleh di katakan dalam sehari ada sahaja benda baru yang akan dihasilkan oleh manusia.

Kenapalah budak ni cakap pasal "Masa itu Emas" ye?

Sebab bila kenang balik selama 3tahun menjadi pelajar Universiti ini rasa macam kerdil diri banyak yang kurang dalam mengejar ilmu dunia dan juga akhirat terlalu leka dengan keadaan sekeliling. Entri ini adalah untuk peringatan diri sendiri dan juga kawan-kawan,adik-adik, kakak-kakak dan semualah umat manusia di muka bumi ini supaya pandai menguruskan masa dengan baik.

Di antara berbilion-bilion sperm yang bersaing kita adalah pemenang jangan pernah fikir kita gagal, jadinya kita tidak boleh menjadi seorang yang gagal dalam menguruskan masa yang diberi kepada kita. Masa sangat berharga kepada kita,tidak kira di usia berapa masa itu sangat berharga. Kalau kita tak pandai nak uruskan masa macam mana kita nak uruskan benda lain kan?

Betul tak?

Tak kira siapa kita, asal usul kita masa itu sama 24jam dan sangat berharga. Bila kita diberi peluang dalam sesuatu bidang/perkara kita jangan pernah mengalah kita kena cuba usahakan semampu yang kita boleh. Ingat gunakan masa anda semaksima yang mampu dengan perkara yang berfaedah.

Dah masuk semester akhir ni memang kena manjadi seorang yang pandai menguruskan masalah, kalau tak semua benda tak jalan mana nak pergi tesisnya, projek akhir dan projek-projek yang lain. Akhir kata doakan diri ini mampu menghadapi ujian di semester akhir ni ye sahabat semua. Sayang kalian semua kerana ALLAH s.w.t. Sekadar berkongsi pendapat.(^_^)

 Pesanan: Tempahan DOODLE akan di berhentikan untuk beri laluan kepada diri sendiri nak fokus pada semester akhir ini.



3 comments:

Unknown said...

good luck... saya pula banyak buang masa saya.. :((

Unknown said...

@Sherlyanna angiela Martin
t.kasih..ushakan supaya masa xterbuang ye..

 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013