Friday, March 22, 2013

Lumrah kehidupan Final Year Student

Assalamualikum w.b.t

Sumber google

Selamat petang semua, lama tak menulis dekat sini ye ada lagi ke yang datang menjenguk kat sini? harap adalah ye yang sudi singgah walau tak banyak post. Almaklumanlah kehidupan seorang pelajar ni sangat mencabar nak pelajar tahun akhir.

Sebab apa cakap macam tu?

Sebabnya pelajar tahun akhir ni nak kena siapan projek dan tesis, bagi alya diberi masa 1sem sahaja nak siapkan semua tu. Ada fakulti dah mula dari sem lepas lagi yelah mereka kena masuk kuar lab je nak dapatkan hasilkan..

Lumrah kehidupan Final Year Student? kenapa pilih tajuk tu?

Bagi yang berada di tahun akhir ni macam-macam yang kami semua fikir, macam mana lepas habis nanti ye? mana nak pergi? kerja @ sambung belajar?

Ada antara kawan yang nak sambung belajar ada yang nak kerja sahaja ada yang nak kerja baru sambung nak cari pegalaman katanya.Setiap orang ada pandangan masing-masing terhadap hala tuju mereka. Mungkin ada yang akan kahwin mana tahu. Selain tu dilema yang biasa dihadapi pelajar tahun akhir ni ialah dapat grad dalam waktu yang ditetapkan tak ni. Sebab ada kes-kes yang pernah terjadi dekat senior mereka tak dapat grad sebab terkandas dekat tesis/projek mereka.

kalau masa tahun satu @ dua semua projek bergroup je sekarang buat FYP sorang-sorang je apa-apa tanggung sendiri, kajian, hasil, nak present nanti semua sorang-sorang je tapi itulah yang perlu dihadapi sekarang ini kita tak boleh bergantung dekat kawan-kawan lagi sebab kerja nanti pun bukan kawan yang akan tolong kitakan.

Di tahun akhir ini juga rasa sedih je lagi beberapa bulan nak tinggalkan U ni. Rasa sayang  nak tinggalkan kawan-kawan susah senang bersama mereka lepas ni ada pelung ke nak jumpa mereka lagi bergembira bersama. Itulah orang pernah cakap bila kita habis belajar dekat satu-satu tempat tu pasti bila kita masuk belajar/kerja tempat lain kita pasti rindu walaupun masa belajar rasa macam bosan rasa cepat nak habis je. Lumrah manusia bila depan mata tak hargai bila tak nampak rasa rindu dan sayang.

Apa-apa pun bagi adik-adik yang baru dapat result STPM/SPM dengan cemerlang gud luck ye semoga berjaya memilih bidang yang adik-adik minat ye. Jangan ikut nafsu sahaja, kalau boleh buat kajian kos yang nak ambik tu senang tak nak kerja nanti dan benda lain ye. sebab sekarang kerja dah susah nak carikan.  

Bagi yang result biasa-biasa jangan sedih banyak peluang untuk kalian semua.kalau yang tak minat belajar dah cari tempat yang boleh ajar kemahiran dekat kalian Insyaallah benda tu mampu membantu kalian semua. Jangan anggap diri tak pandai ke apa sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

oklah untuk hari ini tu jelah yang nak di bebelkan...Insyaallah panjang umur akan ada post yang lain.

P/s: Tolong doakan akak alya a.k.a bukan nama sebenar ini berjaya memegang segulung ijazah pada bulan 10 tahun ini ye.  Kepada yang follow tapi alya tak follow lagi maaf ye tak berkesempatan kalau terlepas pandang korang tinggal link ye dekat mana-mana yang boleh dilihat...huhu
 
 tambahan: Nak mintak jasa baik kalian meh follow blog kawan alya dia ada menulis cerpen/novel dekat blog dia jom baca...TEKAN SINI

5 comments:

Unknown said...

samelah kita..rasa stress ada jugak nak siapkan fyp dan thesis..gudluck kat awak!

cik jari manis said...

aameen...chaiyookkkk! :)

Fatimah Nabila said...

setuju..huk3..risau dgn pta..

Asma' Sah said...

InsyaAllah ,Asma' akan doakan . Good Luck ya.

★Nurul Nadhirah Norsalim★ said...

good luckk akak :) all da bestt yaa :)

 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013