Friday, June 21, 2013

Berpisah bertemu itu pasti terjadi

Assalamualaikum..

Lama tak menyepi hari ini ingin berkongsi serba sedikit mengenai kehidupan sebagai seorang yang akan meninggalkan gedung ilmu ini. Hampir tiga 4tahun merantau, 1tahun di kedah 3 tahun di selangor dalam tempoh merantau ini pasti pelbagai cara kita bertemu dengan seseorang dan pelbagai cara juga kita akan berpisah dengan mereka. Dibawah ini merupakan serba sedikit mengenai mereka yang ana sayangi....

NorLiyana: Yana bertemu dengannya sewaktu di alam matrikulasi, merupakan roomatedan jiran sebelah katil berasal dari kelantan sukakan warna purple.

Nurhida & Nursyakila: menyertai program yang dianjurkan oleh biro kerohanian buat pertama kalinya,iaitu program pra perkahwinan.

Iffah & Nadia: Bertemu dalam program biro kerohanian, dan menjadi rapat apabila mengetahui mereka dari matrik yang sama.

Shuhada: Berkenalan melalui program anak kelantan berukhwah di pantai PD dan seterusnya program biro kerohanian.

Nadhirah: Rapat sewaktu minggu orientasi pelajar

Fieza: Betul-betul rapat selepas program ke perkampungan orang asli.

kami semua dari fakulti yang berbeza, tetapi apa yang sama bagi kami ialah kami berukhwah melalui program yang dianjurkan oleh biro kerohanian kolej. Mereka semua ada cita-cita yang berbeza untuk digapai,mereka datang ke bumi penuh ilmu ini untuk dibawa bekalan keluar ke dunia yang penuh mencabar.

Bekenalan dengan mereka walau sebentar merupakan satu perkara yang sangat manis untuk dikenang dan dijadikan memori indah. Kalian semua andai kata ini merupakan pertemuan kita yang terakhir di alam ini maafkan diri ini sekiranya pernah menguris perasaan kalian.

Tidak ada kata-kata yang boleh diungkap hanya syukur kepada ilahi kerana pertemukan kita dibumi penuh dengan ilmu ini, semoga bertemuan yang singkat akan di ingati selalu. Semoga kalian berjaya dunia & akhirat

Maaf ttidak mampu menulis dengan panjang lebar,sekadar ini buat masa sekarang,mood masih dalam exam dan FYP.

Nota kaki: Doakan ana untuk exam 24,25,26/6...viva 2-3/7


 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013