Sunday, July 14, 2013

Projek Akhir Tahun saya sebagai mahasiswa.

Assalamulaikum.

Dah masuk hari ke lima kita berpuasa,apa khbar semua umat islam di seluruh dunia? Sihat alhamdulilah. Hari ini juga dah genap seminggu Alya duduk dekat rumah sebabnya baru siap dan viva projek tahun akhir. Biasalah budak tahun akhir mesti akan ada pembentangan projek. Sebelum ni alya tak pernah cerita dekat blog ini, hari ini nak cerita lah serba sedikit pengalaman menyiapkan Projek ini.

Disebabkan alya ambil bidang multimedia,jadinya kenalah berkaitan multimedia. Apa itu multimedia?
Ada kisah sedikit nak diceritakan...

Pak cik/Mak Cik: Belajar mana?
Alya: Ukm
Pak cik/Mak Cik: Ambik jurusan apa?
Alya: Multimedia?
Pak cik/Mak Cik: oooo.. nnati kerja dekat TV lah ye?
Alya:......senyum je
Kenapa cerita pasal Pak cik/Mak Cik? sebabnya setiap kali cakap jurusan  multimedia mesti dorang ingat kerja dekat tv je..sebenarnya banyak lagi kerja yang kami boleh ceburi contohnya programmmer, grafik designer dan banyak lagi..

Oklah kali ini nak cerita projek akhir yang alya telah bangunkan, disebabkan batch senior alya yang lepas mereka kebanyakkan buat coursware,jadi kami kali ini tidak dibenarkan sama sekali buat courseware lagi. Jadinya kami semua kenalah buat benda yang lain, ada yang buat mobile app, ada buat cerita animasi, ada buat system,ada buat augmented reality dan alya buat game. Game tu untuk kanak-kank pra sekolah.

Bunyi macam gempak jekan?hahah korang tertipu, game bese-bese je buatnya. Game ala-ala sim,macam mana rupa game sim? contoh kat bawah ni...


Sumber google.
Tapi game yang dibangunkan ini berbentuk islamik yang berteraskan kehidupan seharian kita. Ada dua modul permainan yang dihasilkan iaitu doa harian dengan adab seharian. ok lah kat bawah ini alya kongsi denga kalian semua, komen lah sikit ye mana tahu boleh diperbaiki di masa depan.huhu.


Satu jelah yelah printsceen ye, sebab projek ini dah dikira bawah fakulti nak tunjuk lebih-lebih tak boleh lah ye..huhu. Simple je game yang alya hasilkan, platform game ini untuk PC jelah bukan mobile, sofware guna adobe flash main lah coding sikit-sikit ye. Inilah hasil untuk satu semester akhir yang alya sibuk sangat sampai tak update blog..:-)

Ini tesis kita...:-)

Selamat malam.

1 comment:

★Nurul Nadhirah Norsalim★ said...

Ya Allah, tesis akak pon ala2 doodle. comeyy! good luckk akak!! All da best!! :)

 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013