Sunday, January 12, 2014

Belajar untuk kerja VS untuk ilmu

Bagi lepas Universiti atau kolej apa yang di impikan selepas tamat belajar adalah satu pekerjaan yang
boleh memberi rezeki untuk sara hidup dan sekaligus membalas jasa ibu ayah yang banyak berkorban
masa kita kecil sehinggan melangkah ke menara gading.
Dan mencari satu pekerjaan pada masa sekarang ini memang sangat mencabar, event kita pandai dalam pelajaran sekali pun semua itu tidak dipandang sangat terutama company swasta. Mereka lebih utama kebolehan dan soft skill yang kita ada.Ok ulasan diatas bukan tajuk utama nak share hari ini..
"Belajar untuk kerja VS untuk ilmu" ok itu tajuk nak kongsi. Cuba fikir dan renung kembali sebenarnya kita ini belajar untuk dapatkan kerja yang elok dan gaji yang beribu-ribu atau kita belajar untuk dapatkan ilmu yang kita boleh share dekat semua orang? Betulkan balik niat kita.
Sebenarnya alya tertarik dengan satu status dekat fb kawan perbualan dia antara seorang ustaz...
Kata seorang ustaz kepada saya yang telah mematikan kata-kata saya,
Saya : Ustaz bawak jemaah kan? nak minta tolong boleh?
Ustaz : Boleh. tolong apa tu cek?
Saya : Tolong doa saya dapat kerja yang elok boleh? dan jodoh hat elok2?
Ustaz : Boleh, tp saya nak tanya kamu dulu. Kamu mengaji sebab apa? kalau mengaji sebab nak dapat kerja hat yang tinggi2 jangan suruh saya doa. Tapi kalau kamu mengaji sebab nak ilmu, tak perlu doa saya pun Allah akan bgi kamu kerja elok. Saya tak mau doa kamu dapat kerja yang tinggi sat g kamu sombong lupa habis orang. Saya nak doa kamu dapat kerja yang halal dan dengan wang gaji kamu tu, kamu gunakan untuk jalan Allah. pasai jodoh, kamu nak hat baik kamu ubah diri jadi hat baik dulu. boleh?
Kata-kata seorang ustaz yang saya rasa sangat berguna untuk kita ingat supaya  kita tidak leka dan mengimpikan pekerjaan yang bergaji tinggi semata-mata tanpa menghargai ilmu yang diperolehi. Betullah seperti kata ustaz itu, sekiranya kita peroleh kerja yang tinggi kita mungkin akan menjadi seorang yang sombong dan lupa asal usul kita. Biarlah kita kerja bergaji dan berjawatan rendah janji kita tidak leka dengan dunia semata-mata.
Untuk semua sahabat, kita letak lah niat kita belajar untuk ilmu, dan ilmu itu juga kita boleh guna sampai bila-bila, boleh mendidik bakal anak-anak kita. Ilmu sangat penting tidak kira kita perempuan yang suatu hari nanti duduk ceruk dapur sekali pun... 

Pernah dengar atau baca tak kata-kata kat bawah ni?
Orang kata, anak dara belajar tinggi-tinggi pun akhirnya ke dapur juga. Tapi education dia yang menentukan dapur dan kenderaan dia ke pasar besar mana nanti. Setuju?
Itulah ilmu sangat penting tak kira kita perempuan,lelaki ,tua dan muda sekalipun kalau boleh kita telanlah seberapa banyak ilmu yang mampu kita hadam dalam kepala kita.

P/s:entri without pic,till we meet again...pray for me to get a job.

3 comments:

Umie Amirain said...

thans for sharing...memang terbaik untuk pencari2 kerja serta yang sedang bekerja...apa2pon saya doakan semoga memperoleh pekerjaan yang halal dan diberkati dan diredhai Allah..insya Allah, aamiin...^_^

Unknown said...

@mama amirwelcome mama amir.

kadang-kadang kita lupa tujuan utama kita belajar bukan semata-mata nak kerja yang bergaji tinggi dan sebgainya, tetapi ilmu yang diperolehi itu jauh lagi berharga..:-)amin..

Hazyyy said...

setuju sangat-ii ! thnk you for reminding =D

 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013