Wednesday, December 19, 2012

Coklat untuk kesihatan?


Assalamualaikum w.b.t



Sedang godek-godek nak buka email ni ada terpandang satu kenyataan silap artikel mungkin tau apa-apa jelahlah yang layak. Artikel tu mengenai kebaikkan coklat untuk kesihatan. First time gak lah dengar pasal benda ni jadinya nak kongsilah sikit dengan kalian semua. Sebelum ni pernah dengar pasal coklat dapat mengurangkan stress...betul ke? Dah jom baca bawah ni.

Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.

Antaranya:

1. Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2. Kulit sentiasa lembap dan segar.
3. Menegang dan menghaluskan kulit.
4. Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5. Mencegah kedutan pada wajah. 

Ketahui lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian kamu:

Pelembut Kulit

Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja, ia ternyata merupakan sebuah bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana sifatnya sebagai pelembap semula jadi yang luar biasa mampu menjadikan kulit anda sentiasa lembut.

Melambatkan Kedutan

Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan katecin yang merupakan antioksidan kuat berupaya mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.

Moral Value: Coklat ada baik dan buruknya ,nak yang baik jadi kita ikut seperti yang disarankan oleh pakar.
P/S Penaja: Like jika suka, share kalau entri ni menarik
Sumber: sini

6 comments:

Nurul Atiqah said...

Ingatkan coklat untuk dimakan je. Hehehehe, thanks for the information.

Nur Aliya Balqis said...

tulah coklat untuk kesihatan pun boley...welcome.

Cik Jari Manis said...

sya suka mkn coklat klu tgh marah! mmglega sikit la..hehe ;)

Nur Aliya Balqis said...

tulah orang cakap makan coklat dapat hilangkan stress..huhuhu

Cikgu Ma said...

tapi x minat coklat..hehe

 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013