Saturday, January 12, 2013

Kenangan di Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih Taiping

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua dipagi minggu?harap-harap sihat ye.Alya alhamdulilah sihat.Lama tak menulis panjang-panjangkan,kali ni nak tulis panjang-panjang ada yang sudi baca tak ni?huhu. Sebenarnya alya nak kongsi Kenangan di Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih Taiping, sapa yang tinggal area sini mesti kenal ni rasanya.

Kenangan ni telah dicipta pada tanggal 20-22 julai 2012 bersama-sama kawan satu kelas/fakulti(saya budak Universiti ye.hihi). Perancangan awal sebenarnya ke rumah anak yatim lain tapi disebabkan ada masalah jadinya kami ke sini. Walau dimana kita pergi kalau niat kita memang nak menghiburkan/mengembirankan mereka tak kisahlahkan.kanak-kanak dekat sini kebanyakkan lelaki dan umur mereka 6-10tahun(kalau tak silap).

Banyak aktiviti yang dirancang untuk budak-budak ni semua,ada yang berjalan lancar ada yang tak buat langsung sebabnya hari kedua kita orang dekat sana jatuh pada 1 Ramadhan dan budak-budak tu semuanya penat,yelah first day puasakan(macam kita dululah,sampai tak main).Alya ni bukanlah AJK program(bekas AJK,sebenarnya) tapi akak PC(pemudahcara) yang comel...hak3,terkedu korang baca ayat tu.(^_^)..

Seronok dapat pergi sana, sekurang-kurangnya kita masih ingat mereka yang lagi susah dari kita bila dengan adik-adik ni. Mereka juga punya cerita suka duka tersendiri,jadi janganlah kita fikir kita lagi susah dari mereka bila di timpa musibah sikit ingat ada yang lagi susah dari kita.

Oklah nak tempek gambar bagi korang kenal mereka semua kat sana,kalau korang ada niat nak ke sana bolehlah tengok pic ni dulu ye.

Ni adik zaim kalau taka silap,ni anak tuan rumah ye.
Ni fatin namanya,manje dengan kitaorg sampai nak balik dia nagis-nagis.
Ni adik mat,group yang alya jadi PC

Aktiviti hari kedua bersenam dengan abang & kakak  semua.

salah satu aktiviti yang disediakan kepada mereka.

nama aktiviti lupa,tapi mereka kena cerita sorang demi sorang.Yang last bagitau apa yang dia dapat.

Masa ni tak pasti tengah buat apa,tapi muka adik ni serius sangatkan..huhu.

Ni kira pertandingan antara group,kena duk atas satu paper kena kekalkan ahli group jgn bagi keluar paper,sape pernah main?



First day night mereka perlu design bendera group tak silap,ni adik-adik group alya.

Aktiviti yang sama duk atas paper tadi.
saje tempek pic ni.

Adik group alya. Dari depan dik mat,affan(baju merah),faiz(Sebelah affan),hanif & hanis (dekat belakang lupe mana satu dorang ni kembar)
Sebelum naik bus sempat lagi hanis/hanif tah dalam pic atas ni pakai baju hitam bagi pic dia masa semua tengah sibuk ambik gambar. Ingat dia bagi apa siap dalam plastik lagi,suka-suka. Masa dalam bus lak dia duk intai-intai mana akak comel dia ni(hik3 perasan jap) dah nampak lambai je siap suruh kawan yang lain lambai gak.Yelah PC yang disukailah katakan.(^_^)..

Sangat rindu dekat mereka semua, ada sorang adik tu masa kami semua nak balik nampak dia nangis tapi dia tak tunjuk sangat sebab laki. Adik fatin memang terang-terang nangis macam tak nak bagi kami balik pun ada,tapi tak bolehlah kami semua belajar lagi adik-adik. Doa buat mereka semoga berjaga dunia dan akhirat dan menjadi anak-anak soleh solehah.

P/S Penaja: Oklah tu je setakat ni ,pic banyak je lagi tapi tak larat nak letak.

6 comments:

Kak iman said...

taiping??xpsana pulak.kat area mne?alya stdy mne

Unknown said...

@Budak Kampung
xpastilah dekat mna saya duk dalam bus je.hihi.tapi dorang ni cakap mcm kedah2 sikit. Studynya dibangi..:-)

Unknown said...

@deno
betul tu suka tengok budak-budak sejuk je hati..

★Nurul Nadhirah Norsalim★ said...

kak alya pi under mana? sorang2 ka group? :)

Unknown said...

@★ Nurul Nadhirah Norsalim ★
clasmate handel tapi kira bwh fakulti..

 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013