Thursday, December 26, 2013

Binatang ada perasaan, seperti manusia

Bukan manusia sahaja yang ada hati dan perasaan seperti sedih,marah dan faham bila kita berkomunikasi, binatang pun ada perasaan terhadap persekitaran mereka. Binatang kadang-kadang masa kita sedih boleh menjadi teman untuk meluahkan..
Kisah ini memang terjadi,berkisahkan seekor kucing yang garang dan takutkan orang untuk didekati.

Dalam bulan 9 tahun 2012 macam tu iaitu semester pertama bagi tahun akhir dekat Universiti & kolej kediaman..Macam biasalah aku ni memang sukakan binatang terutama kucing pantang tengok kucing mesti nak ditegurnya atau belai-belai, dan kebetullan nasib baik sem tu dapat bilik bawah besa tingkat 2 dan 4 kali ni tingkat 1...alhamdulilah.
Lagi senang ler kalau nak ajak kucing pergi bilik kan.pada mula tu dalam sekor macam tu je kucing yang biasa nampak dan bagi makan dan kucing tu manje je boleh ajak masuk bilik.Lepas pada tu adalah kucing-kucing yang lain datang mintak makan sekaki..alhamdulilah rezeki mereka.

Nilah budak bulus manje

Ni kucing jantan sedang mengendap hamster roomate

Dan inilah watak utama kita budak bulus garang

Tengah makan sesama.
Dan kebetulan ada jiran dekat bilik yang tak balik lagi masa tu jadi minta tolong dia bagi makan dulu dekat budak bulus tu kalau datang cari kat blik..
Semester kedua untuk tahun akhir dan nak mula, first day masuk dan daftar kolej tercari-cari gak mana budak-budak bulu tu, cuti pun dalam sebulan je masa tu tak silap.. tunggu gaklah mana budak manje yang selalu ajak tidurkan..tunggu punya tunggu yang datang hanya budak bulus yang garang dan kucing jantan je sekor lagi dah tak ada,tak apalah mungkin ada yang dah ambik bela diakan(sedapkan hati je).

Dan budak bulus yang garang tu masih sama garang & susah nak didekati oleh sesiapapun.dan masa tu rasanya dia bunting.
Beberapa bulan/minggu macam tu sejak mula sem barulah, kucing tu dan macam jinak sikit-sikit kalau ajak masuk bilik mesti dia masuk tapi senyap-senyap takut orang marah tau apa..dan boleh gaklah ajak dia tidur atas katil.
Ada sekali tu dia duduk atas katil macam cari tempat jekan biarkan jelah tapi memang rasa lain lah macam nak cari tempat beranak macam tu.

Dua pic ni masa dia tengah cari tempat
One day, nak dijadikan cerita  dia datang minta makanan, oklah bagi macam biasa jelahkan.dan adalah perasan perut dia macam dah kempis dari sebelum tu..
Ni dialog antara aku & dia/:

aku:  mama,mama dah beranak ke?
dia:................(sambil makan makanan dia.)
aku: kalau mama dah beranak bawak lah anak datang sini nak tengok & jaga.
Selang beberapa hari lepas tu, satu hari tu dia datang depan bilik mengeow-ngeow ingat nak makan buka pintu, alangkah terkejutnya, dia gigit baby dia dan aku ambil lah sebab kesian kat anak dia dan ajak dia masuk dlam bilik siap letak atas katil.
dialog lagi:
aku: mama sekor je ke anak mama?
dia:........(jilat anak dia)
Lepas setengah jam macam tu dia minta nak keluar,bukalah pintu..lepas tu dia datang lagi mengeow depan pintu ,mungkin nak masuk dekat anak diakan.. Bukalah pintu, memang terkejutlah dia faham dan dia pergi ambik anak dia sekor lagi bawa datang bilik dia terus letak depan pintu baby dia..







Semua ni lepas dia hantar anak dia..Syok je dia tidur sambil peluk bantal tu..

Tapi sayang anak dia sakit tak sempat membesar, dua-dua mati.dan si mama ni lepas pada dia hantar anak dia dia semakin manje tapi dengan orang lain dia still masih takut dan hanya aku dan sorang kawan je dia berani untuk dekat-dekat....bawah ni pic dia yang manje giler masa kita orang sibuk siapkan FYP...Manje je kan dia ni...rindu dia harap-harap ada yang jaga dia sekarang ni. Maaf meow tak dapat bawak balik kamu sebab balik last hari tu dengan bus je.







Moral dari story ni,binatang pun memahami apa yang kita sampaikan dan dia percaya dekat kita manusia sampai sanggup hantar baby dia, bagi manusia yang suka dera/buli kucing atau binatang lain korang insaflah kerana kucing bukan saja-saja minta makan tau nak manje dengan kita....kekadang kalau kita bagi makan meraka turut doakan untuk kita sekali tau..

2 comments:

twinscraftlife said...

안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

Nabihah Ahmad said...

Ommo~ Comelnya n~n. Pandai dia ikut cakap tuan dia~

 
Template Edited by Alya Balqis Studio All Right Reserved © 25/12/2013